Christiano Ronaldo Sudah Jadi Bapa !

Christiano Ronaldo Sudah Jadi Bapa !

MADRID: Tanda tanya menyelubungi peminat bola sepak apabila laman web Cristiano Ronaldo mengumumkan pemain bola sepak terbaik dunia 2008 itu kini menjadi bapa kepada bayi lelaki.
Setakat ini, tidak diketahui siapa yang menjadi pasangan Ronaldo, 25, sehingga dia memperoleh bayi berkenaan.

Bagaimanapun, kenyataan di laman web itu menyatakan, bayi berkenaan akan dijaga dan dibesarkan Ronaldo.

Pada masa sama, tidak dapat dipastikan sama ada berita itu sahih atau sekadar gurauan pihak tertentu.

Kenyataan itu dikeluarkan laman web rasmi Ronaldo dan dipaut dengan laman Twitter dan Facebook miliknya.

Laman web itu menyatakan: “Dengan penuh rasa gembira dan terharu saya ingin memaklumkan bahawa saya baru-baru ini menjadi bapa kepada bayi lelaki.

“Sesuai dengan persetujuan dicapai dengan ibunya - yang mahu identitinya dirahsiakan - bayi terbabit akan diletakkan di bawah penjagaan eksklusif saya.” Bekas pemain sayap Manchester United kelahiran Portugal itu kini bermain untuk kelab Real Madrid.

Sebelum ini, Ronaldo dikaitkan dengan model pakaian renang dari Russia, Irina Shayk, 25.

Dalam kempen Piala Dunia kali ini, Ronaldo mengetuai pasukan Portugal sebelum pasukan itu tersingkir selepas tewas 0-1 kepada Sepanyol.

Antara bekas pasangan Ronaldo di luar padang adalah bintang tenis Russia, Maria Sharapova, Paris Hilton dan bekas model Playboy, Kim Kardashian. - Agensi

Dah kalah, terus dapat anak!

3 Komen

haha, kesian ar ronaldo
dia tak perform macam yang orang aspect dia perform.apa2 good luck bro ronaldo.hahaha

tak dpt bola msuk gol pun, dpt anak pun..okeyla..huhu
fatinmmj

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS