Bayi Perempuan Ditemui Dalam Beg

22/07/2010 3:17pm

JOHOR BAHRU 22 Julai - Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui oleh seorang pekerja kilang di dalam sebuah beg di Jalan Persiaran Mutiara Emas, di sini hari ini.

Bayi itu ditemui pukul 6.40 pagi oleh seorang wanita berketurunan India berumur 57 tahun ketika menunggu bas di jalan tersebut yang berhampiran Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, bayi itu berkulit cerah tetapi status keturunannya masih belum dapat disahkan.

"Ketika ditemui bayi berkenaan bergerak-gerak dalam sebuah beg yang pada mulanya disangka wanita berkenaan adalah beg pakaian.

"Bayi itu kemudiannya dihantar ke HSI oleh wanita berkenaan dan dipercayai bayi berkenaan baru dilahirkan awal pagi ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya, bayi tersebut yang sudah pun dipotong tali pusatnya kini dirawat di hospital berkenaan dan dilaporkan stabil.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di 07-2218999 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. - Utusan

orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di 07-2218999 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS