16 Lelaki Disambung Reman Berhubung Skim Cepat Kaya


KUALA LUMPUR 30 Julai – Seramai 16 daripada 50 lelaki yang ditahan berhubung penipuan skim cepat kaya, Rabu lepas disambung reman sehingga 2 Ogos depan bagi membantu siasatan.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, ACP Rohaimi Md. Isa berkata, 34 lelaki dan sembilan wanita yang turut ditahan telah dibebaskan selepas tempoh reman ke atas mereka berakhir hari ini.

"Seorang wanita berumur 23 tahun yang disyaki mendalangi skim cepat kaya itu masih diburu dan polis percaya dia masih berada di sekitar Lembah Klang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati skim itu tidak mempunyai sebarang lesen perniagaan dan polis masih mengumpul maklumat mengenai skim berkenaan.

Dalam serbuan Rabu lepas di Sunway, polis menahan 59 individu yang mendakwa menjalankan perniagaan jualan langsung, namun tidak mempunyai pendaftaran syarikat dan bergerak bebas mencari mangsa termasuk kakitangan kerajaan.

Ketika serbuan polis merampas 18 kereta mewah antaranya BMW 5 Series, Nissan Fairlady dan Mitsubishi Evo Lancer yang mana kereta itu digunakan sebagai umpan untuk memperdayakan orang ramai. – Bernama

Siapa tahu apakah nama skim ni? letak di ruang komen!

3 Komen

friends club..sya penah bniage kt area hq dorg nih..mmg tiap2 mlm la penuh ngn melayu yg lupa diri n bXXXh gak la,tlong menipu melayu len oleh upline dorg yg sumenye cine..

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS