Pelayan Restoran Warga India Mati Ditembak Dari Jarak Dekat


PETALING JAYA: Seorang pelayan restoran warga India mati selepas ditembak dari jarak dekat oleh individu yang tidak dikenali dalam satu kejadian di Kota Damansara di sini tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Abd Razak Eliyas berkata, ketika kejadian lelaki berusia 30an itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke asramanya yang terletak selang dua pintu daripada tempat dia bekerja.


"Hasil pemeriksaan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di premis itu mendapati seorang suspek yang lengkap memakai topi keledar bertutup penuh, dipercayai sudah menunggu kepulangan mangsa kira-kira 15 minit lamanya.


"Sebaik sahaja melihat kelibat mangsa, suspek yang berdiri berhampiran tangga menuju ke tingkat atas asrama terus melepaskan satu das tembakan mengenai bahagian perut mangsa dan kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana hitam yang menunggu di tepi jalan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.


Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dengan kecederaan parah di perut dan disahkan mati pada jam 1.30 pagi.


Beliau berkata, polis menemui satu kelongsong peluru 9mm di tempat kejadian dan percaya dendam adalah motif pembunuhan lelaki tersebut yang baru empat bulan bekerja di restoran berkenaan.


"Kami juga percaya kejadian itu sudah dirancang awal serta tidak menolak wujud pembunuh upahan, namun siasatan masih lagi dijalankan," katanya.


Polis kini memburu suspek bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Bernama

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS