Keperawanan Diragut Lepas Bersiar-Siar.

BATU PAHAT: Seorang pelajar perempuan tidak menduga kesudiannya keluar bersiar-siar bersama seorang lelaki, bukan saja berakhir dengan mahkota keperawanannya 'diragut' malah dia dijadikan hamba seks selepas rakaman perbuatan terkutuk itu dijadikan bahan ugutan.
Peristiwa hitam dalam satu kawasan paya bakau berhampiran pekan Senggarang, dekat sini, turut dirakam lelaki durjana itu menggunakan telefon bimbitnya sebelum pelajar terbabit sering dipaksa melakukan hubungan seks bagi mengelakkan rakaman itu disebarkan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, proses perkenalan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Senggarang bersama lelaki berkenaan, didakwa berlaku secara biasa.

"Proses perkenalan mereka didakwa berlaku secara biasa dan pelajar terbabit dikatakan bersetuju dengan pelawaan penganggur berkenaan untuk keluar bersiar di sekitar bandar ini.

"Ketika dalam perjalanan pulang, lelaki terbabit didakwa membawa pelajar berkenaan ke kawasan pantai, sebelum memintanya membuka pakaian dan mengadakan hubungan seks dalam kawasan paya bakau berhampiran.

"Tidak cukup dengan tindakannya merogol pelajar itu, penganggur terbabit didakwa turut menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam adegan seks," katanya. - HMetro

2 Komen

rasa mcm nak pelempang je,, teruk r..~

amboi dasat betol cara org nak berkenalan skarang ni eh...

huhuhu tatottt

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS