RapidKL Beri Potongan Tambang 50 Peratus Kepada Pelajar

rapid kl

18/04/2010 12:03pm

KUALA LUMPUR - Pelajar sekolah di sekitar Lembah Klang kini boleh menikmati potongan tambang sehingga 50 peratus melalui penggunaan produk terkini RapidKL, ”RapidPass Pelajar”, kata Prasarana Negara Berhad (Prasarana).

Pengarah urusannya, Datuk Idrose Mohamed berkata, ”Rapidpass Pelajar” adalah lanjutan kepada RapidPass yang membolehkan pelajar menggunakan perkhidmatan bas RapidKl, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorail sepanjang 30 hari tanpa had.

"Produk terbaru ini adalah inisiatif terkini kami bagi membolehkan golongan pelajar menggunakan perkhidmatan RapidKL pada harga potongan, di samping menjimatkan perbelanjaan bulanan mereka.

"Melalui produk ini, penjimatan yang boleh dilakukan akan menarik lebih banyak pelajar menggunakan perkhidmatan RapidKL dan bagi tahun pertama ini, kami sasarkan kira-kira 70,000 pelajar akan menggunakan kemudahan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, produk baru itu mengandungi RapidPass Pelajar Bas (RM50 bagi penggunaan bas RapidKl tanpa had) dan RapidPass Pelajar Integrasi (RM100 bagi penggunaan perkhidmatan bas RapidKL, LRT dan Monorai tanpa had).

Idrose berkata, pas berkenaan berfungsi mengikut sistem Touch”N”Go dan perbezaannya hanyalah jumlah baki hari (daripada penggunaan untuk 30 hari) akan dipaparkan pada alat pembaca kad.

Pelajar boleh memilih menggunakan kemudahan EZ di mana urusan pembaharuan setiap bulan boleh dibuat secara automatik pada minggu terakhir tempoh 30 hari berkenaan, asalkan nilai tambahan semula dalam kad itu mencukupi dan pas berkenaan juga boleh berfungsi sebagai kad Touch”N”Go biasa serta boleh ditambah nilai di mana-mana kaunter tambah nilai Touch”N” Go yang disediakan mesin ATM, katanya. - Bernama

Sumber:Kosmo

3 Komen

heh
cam menarek je
sll gk nek rapid ni

eh la
budak skola je ke
ingat student U skali :P

Semua students boleh beli la....budak u pun layak...wow jimat le duit aku

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS