Wanita Cedera Ditembak Teman Lelaki Polis!

03/03/2010 4:30am

KUALA LUMPUR 2 Mac — Seorang wanita dan abangnya mengalami kecederaan ringan selepas ditembak oleh teman lelaki wanita berkenaan yang merupakan seorang anggota polis di sebuah unit pangsapuri di sini malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam di Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Kerinchi, Pantai Dalam, mangsa Prema a/p Ganeson 24, terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh teman lelakinya.

Teman lelaki mangsa dikatakan bekerja sebagai pemandu di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Aziz Zakaria ketika dihubungi Bernama berkata dalam kejadian yang bermotifkan cemburu itu, suspek juga dipercayai melepaskan empat das tembakan.

— BERNAMA

Sumber: Kosmo!Online

1 Komen :

my hubby pon polis
ari2 bwk pistol balik
bile gado takut gak kene tembak free hu3

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS