Lelaki Serah Diri Selepas Bunuh 2 Rakan Serumah

Seorang pekerja restoran berusia 27 tahun menyerah diri kepada polis selepas dipercayai membunuh dua rakan sekerjanya di rumah sewa mereka di Kempas Baru di Johor Bahru pada 6 pagi ini.

Insiden itu berlaku ketika lelaki yang berasal dari Kelantan itu bertengkar dengan rakannya yang juga berasal dari Kelantan dan seorang lagi rakan sekerja warga Thailand yang baru pulang dari kerja.

Pertengkaran itu kemudiannya membawa kepada tumbuk menumbuk, mengakibatkan suspek mengeluarkan sebilah pisau Rambo lalu menikam kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an di dada serta perut.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Suspek kemudian menyerah diri di balai polis Kempas kira-kira 30 minit selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu (Utara) Ruslan Hassan berkata polis telah pun menemui senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.

"Kami sedang menyiasat sama ada suspek mempunyai sebarang rekod jenayah," katanya, dan menambah kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.

Ruslan berkata polis sedang menyiasat motif pembunuhan tetapi tidak menolak kemungkinan pertengkaran itu mungkin disebabkan masalah peribadi antara ketiga-tiga lelaki terbabit. BERNAMA



1 Komen :

masalah dalaman kot..
maybe dia mendapat sikit ketenangan masa dia duk sorang2 dalam tahanan nanti. Mungkin dia akan kenangkan rakan2 dia..

semoga kita semua mendapat petunjuk, taufik dan hidayah Nya.
bila2 masa kita boleh mati

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS